Saturday, November 11, 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

TAYOR. Trade At Your Own Risk.
itu je nak cakap. hehe.
Sabar menunggu.

sampai 31hb December saya dok tunggu setup BUY BELI PANJANG dan seumpamanya aje. Kalau nak Pendek.....agak kureng berminat.


Tuesday, October 31, 2017


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Last week, was an awesome week for bullish camp.

Let's see whether the bulls still has its steam or not this week. Or it will take some breath before resuming the trend in Thursday/Friday. Let's see.



Sunday, October 22, 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kita mulakan dengan bedah siasat trading minggu lepas. Minggu lepas, ada 4 hari trading. Ada 2 candle bull yg tak comel dan 2 candle bear yang seakan bermomentum. Result trading saya minggu lepas, masuk laut. Dah pegang 50pts, kena gap up...tinggal 12 pts. masuk Buy hari jumaat, kena tibai SL, lepastu dia naik balik....Hari Jumaat kena tibai....last minit. Sabar aje lah.

Last Week...hari Khamis, Alhamdulillah...selesai mengajar seorang lagi student - Personal coaching style.

Ok, minggu ni..... saya jangkakan Sideway to Up. My gut feeling saying its going up.....


Saturday, October 14, 2017

Salam,

Minggu lepas menyaksikan pertarungan hebat antara kerbau & beruang dengan berkesudahan seri.

Namun yang demikian,
saya dapati.... kekuatan kerbau semakin meningkat, ditambah lagi dengan data eksport yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18% daripada bulan ke bulan.

Minggu lepas menjadi minggu melangut buat team part time trader. Entry hanya muncul pada hari Jumaat. Jadi, sekarang ni kalau orang tanya ada position ke dalam market? Yes, kami ada posisi.

Mari kita saksikan apa yang akan berlaku minggu hadapan.




Saturday, October 7, 2017

Salam,

Seperti biasa, analisis mingguan untuk minggu depan.
Jangkaan - price naik.

Minggu lepas, kami menjangkakan pergerakan turun pasaran. Namun, sampai di kawasan support, harga CPO telah melantun semula dan membuat reversal.

Hampir semua petunjuk yang sering kami gunakan dalam analisis menunjukkan pembalikan. Jadi, mari kita memburu kerbau minggu hadapan (kecuali ada pembalikan arah sekali lagi di pertengahan minggu).


Monday, October 2, 2017

Salam,

Bulan September telah melabuhkan tirainya. Bagaimana dengan trading tuan tuan. Semoga sentiasa disiplin dengan trading plan (business plan) anda hendaknya.

Untuk meraih keuntungan, sikit ataupun banyak, petuanya....
1. Ada trading plan yang mudah untuk anda ikuti.
2. Disiplin diri untuk trade mengikut trading plan.
3. Tawakkal.Berserah diri sepenuhnya pada yg Maha Memberi Rezeki.

Bulan September ni, Alhamdulillah....team kami sekali lagi mencatatkan keputusan memberangsangkan...berjaya meraih keuntungan yang boleh kata agak hensem untuk geng geng part time. >100pts.

OK, jom tengok graf CPO kita......
Dijangkakan.....2684 akan dipecahkan minggu ni, dan CPO akan semakin menggolek. Namun, harus diingat....harga semasa sedang berada di kawasan support yang boleh kata kuat.

Kita akan bertindak mengikut setup yang keluar dan jangan ragu ragu. Entry dah kena, sila la letak hard Stop Loss, dan target.

Chart pattern wise - Potential Head and Shoulder in the making.

Bismillah.


Monday, September 25, 2017

Salam,
Minggu lepas kita menyaksikan 4hari - 4 candle bearish. Wow.

Minggu ni? Kita saksikan samada CPO masih akan mengalami pendarahan teruk atau akan ada pantulan. We never know what majority of traders are thinking. Observe and take action accordingly.

Saya dah close position Khamis lepas.....cuti hari Jumaat punya pasal. Nak secure profit la konon kononnya.....Minggu ni nak tengok tengok dulu....mana nak masuk balik.

Layan.....

oh ye.....saya takde bercadang nak ambil student baru. Saya nak fokus pada group yang ada ni saja buat masa ni.....nanti diorang dah stabil, dah pandai dan dah berjaya buat duit bulan in bulan out.....baru kita nak ajar geng geng baru. Tu pun tak mau ramai.....maks 15 orang sahaja. Macam biasa.....modal niaga nak kena sedia, fee kelas kena sedia. Sebab kita akan bermula straight away daripada masa kelas berlangsung..... orang kata bagi live trade sekali sekala....kelas saya, kita kasi live trade setahun....sampai anak murid pulak yang buleh kasi trade call ke cikgu dia. Itu macammmm......


Sunday, September 17, 2017

Assalamualaikum,

buat masa ni, FCPO masih menunjukkan Bullish momentum. Cuma..... dia dah sampai bus stop. Kena rehat sikit barangkali.

Kita tunggu kat bawah ye untuk membeli semula. Tunggu lah candle bullish with momentum / volume.

Tak sempat time frame kecik kecik tu, awak fokus kat tf Daily sahaja. Saya kaji Daily chart, trade daily chart, buat back test sampai 2011.....memang boleh buat duit juga dengan Daily. Cuma....tak boleh la nak tiru macam orang lain, SL 2-3 pts....nipis.... SL kita kena la ngam dengan tf kita yg tak guna banyak masa.....kan kan... ke macam mana.

Cuba berfikir macam ni.....
1. Kau letak duit dekat institusi UT/ASB/TH atau apa saja. Kau duduk goyang kaki....ujung tahun kau amik dividen 5-20% (kalau ada UT yg boleh kasi konsisten 20%)

2. Kau rajin sikit....kau belajar, dan kau cekuh kaki buat sendiri....gunakan instrumen FCPO atau Equity....... kau keluar modal niaga..... (kalau kau nak meniaga burger....kau keluar modal...kalau kau nak meniaga saham, masih sama....kau kena keluar modal yang sesuai). Target kau 30-100% setahun je. Santai santai. Ada setup, kau masuk. Kena SL, kau redha...hari mendung. Kena TP, kau redha.

Jadi kau pilih. 1 atau 2. atau kalau bijak lagi.....layan dua dua..... pandai pandai kau ejas lah ye.

Bismillah.


Sunday, September 3, 2017

Salam,
kawan kawan.

Bulan Ogos telah memberikan kemenangan manis kepada pasikan trading kami (ya...team Sukan SEA Malaysia juga telah mencatatkan kejayaan manis 145 Emas).

Bulan 8 = +160 pts per lot untuk sistem yang kami pakai.

Saya ada terlepas setup yang memberi kemenangan besar bulan 8 ni. Pada masa tu, line internet di tengah laut terputus dan kami takde hubungan selama 4 hari. haha....takde rezeki.
Namun, ada ahli pasukan yang masuk posisi tu dan meraih keputusan seperti yang di rekodkan sistem.

Alhamdulillah.


Bulan 9- banyak cuti. Saya jangkakan akan berlaku gerakan gerakan sideway. Sideway to up bias.



Sunday, August 27, 2017

Salam,

ahaha....lama menghilang. Malas nak post di blog sebab duduk tengah laut. Line internet perlahan.
OK. kalau kita perhatikan, pergerakan harga masih berada didalam keadaan uptrend.
Jadi, buat pilihan bijak-  carik Long on weaknesses.

31hb hari Khamis - cuti Kebangsaan
Kemungkinan 30hb pun cuti jugak kalau Malaysia menang Sukan SEA....haha (berharap).
1hb - Raya Haji.

Dah kalau gitu....baik cuti sekali trade...skali dengan cuti sekolah. Perabih duit untung trading ke budak budak hehe.


Sunday, August 6, 2017

Salam,

1. Inverted Head n Shoulder ongoing. target min 2800.
2. Keep it as simple possible.
3. Be Patient. Wait until it comes to you.
4. Target 1000pts in 1 year x RM100 per pts = RM100K/annum.
5. 1000pts divide by 12month = more less 85pts per month = 22pts = 4pts per day. Can you do it? Try it first. Sound easy but the emotional control is the hardest. Greed, Fear, Joy....everything add up.

Trade on your own risk.

July had been a joyful month for us. yeay!


Sunday, July 23, 2017

Salam,
tuan tuan dan puan puan,

Pada minggu lepas, kita telah menyaksikan, kenaikan harga FCPO. Daripada 5 hari trading, 3 daripadanya ialah Bullish.

Bila memerhatikan carta mingguan, didapati candle yang terbentuk adalah berbadan kecil dan berekor panjang dibawahnya. Ini menunjukkan rejection yang agak besar sebagai sokongan.
Mungkinkan Kerbau akan terus mengganas minggu depan?

Eksport data juga menunjukkan peningkatan jumlah eksport FCPO. Petanda permintaan yang baik.
SoyOil juga menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit.

Selamat berurusniaga minggu depan. I'm in the bull camp until the bear shows it's head.


Sunday, July 16, 2017

Salam,

Berdasarkan daripada analisa minggu lepas, kita dapati FCPO telah melonjak pada hari Isnin dan mulai turun berturut turut daripada hari Selasa hingga Khamis. Pada hari Jumaat, fcpo telah sampai kepada paras sokongan 2540 dan menunjukkan tanda tanda kembali kepada trend asal iaitu Bullish.

Mari kita lihat, apakah yang tersedia untuk kita minggu hadapan. Adakah Kerbau akan meneruskan pendakian ke paras 2614 dan melepasinya untuk ke paras 2680? Sama sama kita saksikan.
Kontrak yang akan digunakan ialah kontrak bulan October 2017. Hari Raya Haji ialah pada bulan September, manakala Deepavali ialah pada October.

Kalau diorang nak pacak order - contract September & October lah tempatnya. Mari kita saksikan.

TF Daily

TF60


Saturday, July 8, 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

OK, 1st sekali, Selamat Hari Raya, mohon ampun dan maaf jika ada cara penyampaian saya yg menyakiti hati saudara saudari.

Jom kita tengok analisa untuk minggu depan untuk FCPO.

10hb - Data MPOB akan keluar. Jam 12tgh hari
14hb - Hari last untuk kontrak bulan ketiga Sept17. Lepas daripada ni kita trade Oct Contract.

Weekly Candle - Bullish
Monthly Candle - past month high broken

Melihat pada situasi ni, nampak macam kerbau dah memunculkan diri. Ye ke?


Minggu ni penentu. Samada harga akan buat U-Turn selepas test broken trendline ataupun akan masuk balik dalam trendline tu. Sama sama kita tengok.

Saya suka untuk dia buat retracement sikit dulu, sebelum nak sambung carik Buy. Last LH 2540 pun dah pecah, jadi fokus saya nak mencari buy aje buat masa ni. Kalau ada sell yang banyak evidence, mungkin saya akan masuk juga. hehe.

OK, jom lihat performance sistem swing tf30 saya setakat June 2017
Bulan April & Jun tidak memberangsangkan. Swing pendek. Hmmmm geram.


Tahun Lepas, sistem ni superb - takde loss untuk setiap bulan selama setahun
ni saya belanja untuk tontonan semua.


Ok. itu saja untuk kali ini. See you tatatititutu.....


Saturday, June 17, 2017

Salam,

Sikit je nak cerita.
Minggu ni, minggu last untuk trading sebelum cuti panjang Hari Raya. Seminggu off-trade.

Jangkaan - sambung meroket.
Weekly- Bullish reversal
Daily - Bullish
Soya pun bullish.
Jadi kita layan kerbau babylon la dulu.

Sekian.


Saturday, June 10, 2017

Salam,

Minggu lepas, Beruang masih menguasai pasaran dan telah memecahkan lower trendline.
Expect some pullback to test the trendline dan resume to downtrend.

Alternatively, jika Kerbau kuat...mungkin dia akan masuk balik dalam channel.
Kalau ni yg jadi, kita akan tukar ke Kerbau buat sementara waktu.

Kita tengok minggu depan.
Isnin Cuti yeeeee....chart tak gerak.


Sunday, June 4, 2017

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk semua. Semoga semua sihat sihat dan takde yang ponteng puasa ok.

Mari kita tengok perkembangan semasa FCPO. Buat masa ini, ya, dia menghampiri (ke dah melepasi) pinggir lower trendline support. Lepas ke bawah....jauh la lagi dia nak pergi. The power of Beruang. Naik terhegeh hegeh...turun macam air terjun. Itu sifat semulajadi market. hadap aje lah.

Macam saya cerita yang lepas lepas, saya nak share result trading.
Nah saksikan sendiri.




Ok ke tak ok? Sori. saya tutup detail trading log itu. bukan untuk tatapan umum hehe. cukup sekadar keputusan keseluruhan trading. Sistem saya guna dan olah ni memang makan dua hala....buy n sell. dan itulah keputusan makan dua halanya.

Ok, kembali kepada analisa minggu hadapan.
Pada mata saya, kem beruang masih lagi menguasai pasaran. Lepak dengan beruang lagi la kita nampaknya, sampailah pak kerbau memunculkan diri nanti ye.


Saturday, May 27, 2017

Salam,

Pendek je nak tulis.
Reversal detected since EOD Monday lepas.

At the moment, maintain in Kem Beruang.
Ready for impact or rebound next week.
We'll see.

SoyOil will be close trading on Monday next week. Usually, when Soy Oil on leave, CPO will make his own way.  Layan aje.

Sekian.


Sunday, May 21, 2017

Assalamualaikum,

Apa khabar semua.
Semoga semua beroleh kebaikan dan dikurniakan keuntungan dalam pasaran minggu lepas.

OK, takde nak sembang panjang lebar....
Minggu lepas, strategi yang saya pakai ialah Buy on Dip. Retrace, jumpa reversal candle, entry.

Trend - ikut Daily trend. Sekali sehari tengok cukup.
Kalau nak cari trigger, kat tf 1hr atau tf30 pun dah ok.
Kita bukan nak hadap sangat muka chart kan. Banyak kerja lain yang kita nak buat. 2 dalam 1. Kerja biasa kita buat, berniaga pun kita buat.

OK, saya dengar tu.....makan masa kerja ke? Jawapan dia... tidak. anda cuma korbankan masa hisap rokok / minum saja. Orang lain isap rokok, awak bukak chart di HP. macam bukak wassap / sms aje.
30 saat / 1minit dah cukup. Kalau 1hr chart....ada 5x 1minit yg anda kena korbankan. Ya. 5 minit.
Ada signal untuk masuk ikut kriteria yang anda tetapkan, sila la masukkan position, letak SL, letak Target. Done.

Senang? Tak. Susah. Ini Permainan emosi. Only the toughest can survive this kind of business.

Tak sesuai cara ni, kalau..... anda memang kerja kat site,takde line internet. atau kerja anda asyik meeting dan meeting tak sudah sudah. Cara yang saya sebutkan di atas sesuai untuk mereka yang office based. Kalau tak....just depends on Daily tf chart is enough. Little big SL to be placed, with bigger reward. Patience is a must for Daily tf game play.

Minggu lepas, swing atas bawah ada 6 signal. Kalau swing ikut Daily....akan ada 3 signal. Boleh carik makan. Pencarian diteruskan




Saturday, May 13, 2017

Salam,
Apa khabar. Harap harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Ok, minggu lepas, saya hanya dapat 1 entry saja. itu pun pada hari Jumaat. Isnin- Khamis, saya masih di laut masa tu. haha.

Buat masa ni, takde posisi lagi. Semua dah clear.

Melihat pada carta FCPO harian (Daily), it is clear crystal yang pasaran berada dalam keadaan menaik pada masa ni. Jadi, kita cari peluang untuk membeli aje lah kan. Kalau nak menjual, jari kena pantas masuk dan keluar.

Enjoy.



Wednesday, May 10, 2017

Salam,

Just a quick update.

Bulan April - akaun saya kena goreng dengan market. untuk kali pertama selepas beberapa lama, bulan April 2017 menyaksikan bulan kerugian. Bertabahlah. nanti saya update detail berapa banyak loss berapa banyak win bulan April ni.

Bulan Mei, saya masih berada di laut dan takde akses kepada JTRADER / TCPRO / WENHUA. sukar nak hantar whatsapp kepada FBR bila kita takde chart asas pun untuk di rujuk. Chart Daily takde, chart tf30 takde.... jadinya.... kita rilek daripada trading aje. senang hehe.

Ok. cukup sampai situ. nantikan update seterusnya.

Monday, April 24, 2017

Salam,
Hari Isnin adalah hari kelepasaan am di Malaysia. Cuti. Tarak trade.
Esok baru mula trade balik.

Tengok pada chart, seolah olah ada magnet. Price bounce at support, with reversal signal candle pattern. Apa apa pun, kita layan je lah apa market nak kasi. Terima seadanya.

Minggu lepas, 1 trade kena SL (memang nak cari SL gamaknya yg tu....sabar je lah)..

P/S -
untuk Part Time Trader, gunakan saja time frame besar (tf30 dan ke atas).



Monday, April 10, 2017

Assalamualaikum & very good day.

Minggu lepas, kita telah menyaksikan permainan FCPO yang bermain didalam range 2630-2750

Menggunakan tf30, para part time trader yang hanya ada masa kurang dari 1 minit untuk setiap 30minit untuk usha chart di hp masing masing, telah berjaya meraih sedikit keuntungan dari pergerakan pasaran CPO. Begitulah rutin para part time trader. Dikala rakan rakan lain ambil masa 5-10 minit untuk menghisap rokok, kami telah menukar habit itu kepada habit lain....ambil sikit masa untuk buat duit/hilang duit (ganti hisap rokok) dari pasaran cpo.


Make sense right? We use our take 5 appropriately! orang lain habis masa dengan FB, kami habiskan 1minit setiap 30minit utk buka chart, drp HP. bukan sebarang orang boleh buat macam ni. Yang penting, mahu dengan tidak. Hati kena tabah menghadapi untung atau rugi.

Ok. cukup celoteh. Jom kita tengok apa mr.market nak kasi minggu ni.

Minggu ni - Isnin ada MPOB data release. Lepas jam 1230 baru firm. Kita tengok KALAU export naik dan production turun, haaaa...tu tanda nak bullish la tu. Kalau sebaliknya, maintain bearish la.

1 lagi, Raya Aidilfitri dah dekat. Kemungkinan orang akan mula kumpul minyak nak menghadapi musim perayaan. Diorang akan beli sebelum datang bulan Syaaban. Ramadhan, Syawal.....orang nak pakai minyak banyak.

Apa apa pun, price discount everything - semua tertera atas chart. Layan.



Saturday, April 1, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1st skali....
Bulan 3 ni, perestasi sistem yang saya gunakan telah mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan.

Itu mengenai sistem.

Mengenai prestasi akaun saya yang sebenar....hmmmmm tension. Saya miss 4 kali peluang yang memberikan kemenangan besar kepada sistem yang saya gunakan.

Walaupun terlepas 4x peluang itu (disebabkan oleh internet terputus line & pergi bercuti bersama keluarga), namun secara keseluruhannya, akaun saya masih mencatatkan kenaikan modal yang positif (walaupun bukan 2 atau 3 angka). Kalau ikut sistem rapat rapat, akan dapat 192pts per lot. Saya cuma dapat 37pts per lot. Itu harga yang saya kena bayar sebab terlepas setup signal tu. huhu.

Jadi Mari Kita mulakan Bulan April dengan minda yang lebih positif. Ikut sistem rapat rapat.

Ada pelajar saya yang ragu ragu dengan sistem dan telah dikenakan denda on the spot. Bukan oleh saya, tapi oleh Mr Market sendiri. Ya, dunia trading ni kejam. Awak buat salah, dia terus tibai on the spot. Takde hanky panky.



OK. Tutup buku cerita bulan Mac.
Jom kita analisa apa yang akan disajikan pada minggu depan.
Dari sudut pandang market pattern - masih dalam Bearish.
Dari sudut pandang mata saya, Bearish semakin melemah (3 push to the bottom). Tapi tu bukan bermaksud saya akan masuk Buy buta buta. saya akan tunggu setup sistem saya valid sebelum saya masuk buy.

sementara menanti tu, kita layan Sell bila ada valid signal.






Tuesday, March 28, 2017


Lets Begin the last week of March 2017.

Saturday, March 18, 2017

Assalamualaikum,

A very quick one.

1. Minggu depan cuti sekolah. Ramai retailer pegi bercuti kut. Fund Manager pun sama.
2. Mr Market bounce dekat support. Kemungkinan naik tu ada kalau tengok pada candle yang solid body bullish ni.
3. Last LH 2898. Pecah yang ni, beruang boleh pegi bercuti la kut.

Minggu lepas, 3x urusniaga. 2 untung, 1 rugi.

FCPO

Soy Oil


Saturday, March 11, 2017


Assalamualaikum & very good day.

Melihat pada carta FCPO, kelihatan, harga fcpo sekarang berada di paras support 2700-2750.
Apakah ianya akan berjaya menembusi paras sokongan ini, sama sama kita perhatikan. Buat masa tiada tanda tanda daripada candlestick yang harga akan memantul.

Mari kita melihat kepada faktor pengeluaran dan permintaan terhadap minyak sawit mentah.
Jika kita lihat trend dari 2016, pengeluaran dan permintaan pada bulan Mac akan meningkat berbanding Januari dan Februari. Akan tetapi, pengeluaran pada Januari & Februari 2017 adalah tinggi, manakala permintaan(demand) pada Jan & Feb adalah lebih kurang sama seperti tahun 2016.

Kesimpulannya, pada mata saya, faktor lambakan bahan mentah akan berlaku. Harga kemungkinan akan naik disebabkan permintaan pada bulan Mac. Efeknya mungkin sehingga bulan April (pertengahan). Berapa nak naik? saya rasa tak kuat seperti tahun 2016. Tapi, siapa yang boleh tahu kegilaan manusia dalam pasaran hadapan ni.

Selamat berdagang dan berniagalah dengan penuh etika.




sumber: MPOB


Thursday, March 2, 2017

Assalamualaikum,

Setelah February melabuh tirainya, dapatlah kita menganalisa prestasi semasa sistem masing masing.
Sistem saya berjaya menghasilkan seperti gambar dibawah.

Sistem anda bagaimana? saya yakin ianya lebih baik daripada sistem saya ini.

Sistem saya ni, saya reka untuk bertepatan dengan masa trading saya + kerja kerja di siang hari saya. Niat di hati nak juga cuba cuba berdagang Soy Oil atau Crude Oil di malam hari, namun apakan daya, dah 3-4x cuba, asyik tertidur sambil trade signal tu muncul di rumah. Saya kena terima, badan saya tak boleh kerja 24jam. Kena rehat. (mungkin kena ada team yg trade around the clock...baru boleh bikin)

OK. Harap harap Mac 2017 lebih membawa sinar gembira untuk saya & pelajar pelajar saya. Buat masa ni dah ada 6 orang. Target saya, cukuplah 10 orang pelajar (kalau ada yang nak belajar & tahan hati dengan pergerakan market). Saya tak promote macam orang lain. kalau minat boleh try wasap (0 1 dua tiga dua enam 3 empat satu dua.)

Sistem ni, khas untuk pekerja biasa. 30minit sekali je jeling carta. Tiada flip antara time frame. Single time frame. Overnight tu biasa. Intraday kalau ada luar biasa.


Sunday, February 26, 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar sahabat sahabat pembaca blog hamba.

Diharapkan semuanya beroleh keberkatan dan keuntungan dalam perniagaan FCPO anda.

OK. Minggu lepas kita menyaksikan penurunan yg agak ketara pada harga CPO. hampir 200pts dia bergerak dan tiada pantulan(retracement) yang signifikan di tf besar i.e Daily.

Jadi, Kena ingat. Setiap yang turun pasti naik. Setiap yang naik pasti turun. Itu hakikat. Cuma, how low is Low, and How high is High.? Tiada siapa yang boleh menjawap soalan itu. Berdasarkan carta, panduan dan klu yang diberikan menunjukkan kebanyakan/majoriti pedagang seolah olah bersetuju bahawa pada point X, harga akan berpatah balik untuk membuat pantulan atau berhenti seketika sementara mencari arah berdasarkan faktor permintaan dan penjualan.

Nikmati carta di bawah.
Selamat berdagang.

psst..... 6 budak nakal yang trading bersama sama, bulan 2 ni diorang dah dapat >100pts di CPO. Bulan 1 haritu pun sama >100pts. Alhamdulillah. So Far so good. Saya akan mengajar + trade sama sama dengan mereka selama 1 tahun... Insya Allah. Itu komitmen saya sebagai pengajar.

Yuran mereka? RM1k(one time fee)+ 5% of total net profit of their account after trading together in 1 year.

Monday, February 20, 2017

Salam,
tak tau ape nak update.
Trade Sell position masih berjalan.
Maintain with the trend until it bends itself.

cayok

Monday, February 6, 2017

Salam,
A quick one.

minggu lepas, kita hanya ada 3 hari untuk trading dan ianya tidaklah begitu memberansangkan untuk penggemar teknik trend following kerana entry trigger sentiasa dilangkaui gap. hmmmm apa nak buat. Kita ikut kemana arah market nak pergi.

Hari Jumaat, trigger Sell pada 3054 dan masih berada dalam posisi. SoyOil pada hari Jumaat membuat bungee jumping ala ala pandalela yang menarik. Kita saksikan sama ada posisi Sell kali ini akan menghasilkan keuntungan atau tidak. Lets follow the market.

Untuk minggu ini, adalah seperti dibawah.


Monday, January 30, 2017

Salam,

Berikut adalah analisis bagi Crude Oil & Soy Oil bagi minggu ini.
Pada pemerhatian saya, kedua dua komoditi ini masih lagi dalam fasa correction / retracement, sebelum meneruskan kenaikan.

Signal inverted head and shoulder tidak boleh dipandang ringan.

crude oil

Soy Oil

Saturday, January 28, 2017

Salam,
Selamat Tahun Baru 2017. Tahun ni, blog ni bakal berbahasa Melayu. Maleh den nak menaip English.hehe.

Tahun ini, FCPO memulakan tahun 2017 dengan adengan menyayat hati bagi peminat peminat trend following system (ehem ehem...saya lah tu). Sehingga 27/1/2017, FCPO berada di dalam mood sideway.

Semua signal yang keluar di Daily timeframe chart, yang saya ambil, semuanya menemui stop loss. Ya, perit dan pilu, tapi dunia trading begitulah. Kena cekal dan terus lagi usaha. Tetap dengan sistem yang kita telah kaji dan gunakan. Jangan loncat loncat mencari kesempurnaan. Memang tak jumpa, kerana SEMPURNA itu milik Allah saja.

OK, mari kita lihat analisis untuk minggu depan.


Melihat dari carta mingguan, FCPO masih berada dalam mood sideway (inside bar). Bila mak candle tu pecah nanti, masa tu baru pengguna pengguna trend following system akan tersenyum, tersengih, renyeh dan sebagainya. 

Oh ye, tahun 2017 ni, saya dah mengambil lagi 4 apperantis yang akan saya latih. Tahun 2016 saya hanya ada 1 orang apperantis & dah lulus (boleh beri signal pula kepada cikgu dia & buat duit daripada pasaran hadapan/ futures ni) Mode latihan yang saya berikan kepada mereka adalah seperti berikut :-

1. Learn while Doing together - Kami bagi live trading signal menggunakan tf30
2. Belajar dan Kaji dimana nak masuk (Kami ajar style macam ajar budak nak naik basikal- step by step)
3. Tidak lompat lompat sistem. Gunakan 1 sistem yang dah terbukti dan amalkan kawalan kewangan berhemat (risk reward 1:2 minimum)
4. Kena rajin bertanya & jangan malu buat salah. Belajar dari kesalahan.
5. Kena belajar tulis trading log.
6. Dah buka akaun futures, dan dah ada modal berniaga sekurang kurangnya RM20k.

Yuran mereka?

1. RM1,000 - upfront fee. Yuran belajar selama 1 tahun. Refundable kalau tak boleh balik modal dalam 1 tahun.
2. 5% daripada jumlah keuntungan daripada akaun mereka selama 1 tahun berniaga bersama sama. Takde untung, tak payah bayar.

OK, ni result January 2017, setakat ni. Seperti yang saya katakan awal tadi, tak berapa memberangsangkan bagi pengguna trend following system seperti saya.


Kalau nak tengok prestasi sistem yang saya kaji dan buat sendiri, trade sendiri ni, - ni prestasi pada tahun lepas.... 2016 (Saya tak collapsekan log tu - cuma tunjuk summary saja)


Errr.... cadangnya nak cukupkan 10 orang je untuk saya latih & trade bersama sama. Tapi....buat masa ni, biar dulu lah....termasuk saya, 6 orang je dalam group tu. 

 


Blogger Template By LawnyDesignz