Monday, April 30, 2018

Assalamualaikum,

Berakhir sudah bulan April yang penuh dengan cabaran. Bagi sistem saya, beberapa kali dalam bulan ni, harga CPO mencecah TP saya dengan laju dan kemudiannya berpatah balik. Ada yang tak sempat letak TP dan tercapai dah (walhal kami trade tf 1hr tu).

Apa pun, pelajaran yang kami belajar daripada situasi yang berlaku dibulan April ni, kalau trade dah banyak lot tu, ambil separuh dekat TP area. TP hendaklah sekurang kurangnya mempunyai Risk Reward 1:1.5-2 minimum.

Keputusan Sistem Terkini Setakat 30/4/2018
Jan = +31
Feb = -22
Mac = +74
April = +44

Alhamdulillah. Tak perlu berteleku depan PC menghadap chart sangat. Cukup Sejam sekali menjenguk samada setup sudah muncul atau belum. Kalau belum muncul, tak sampai 10saat dah tahu. Kalau dah muncul, ada kerja sikit la nak kena buat...masuk order, set TP, set SL...

Buat masa ni, saya agak tak berapa nak rajin buat analisis kerana orang dok cerita pasal tauliah lah, certificates lah, kelayakan lah..... jadi...saya senyapkan aje sebentar. Nanti dah ok, kita buat analisis seperti biasa.


Sampai jumpa lagi.

Sunday, April 1, 2018

Assalamualaikum,

March, bulan yang kebiasaanya adalah bulan yang baik untuk meraih keuntungan dalam CPO.
Namun, tahun 2018, ianya telah menjadi bulan dimana CPO bergerak dalam jajaran yang sempit dan berliku dan telah menyebabkan akaun trend following trader menjadi seperti baju kebaya merah mak long..... Merah sesaja menjelang akhir bulan.

Seperti biasa, ni saya tunjukkan trading journal / log trading record saya. Semua based on default 1lot (tapi berapa lot saya trading tu rahsia la..... FBR tahu berapa...tapi takyah sebut la malu.....haha...trader picisan je saya ni).

Kita saksikan apa akan berlaku pada April 2018.
Result Sistem Setakat 31/3/2018
Jan = + 31
Feb = - 22
Mac = +74

Performance system Mac 2018

Analisis untuk 2-6 April 2018. Trade on Your Own Risk

Analisis untuk 2-6 April 2018. Trade on Your Own Risk.

 


Blogger Template By LawnyDesignz