Monday, September 25, 2017

Salam,
Minggu lepas kita menyaksikan 4hari - 4 candle bearish. Wow.

Minggu ni? Kita saksikan samada CPO masih akan mengalami pendarahan teruk atau akan ada pantulan. We never know what majority of traders are thinking. Observe and take action accordingly.

Saya dah close position Khamis lepas.....cuti hari Jumaat punya pasal. Nak secure profit la konon kononnya.....Minggu ni nak tengok tengok dulu....mana nak masuk balik.

Layan.....

oh ye.....saya takde bercadang nak ambil student baru. Saya nak fokus pada group yang ada ni saja buat masa ni.....nanti diorang dah stabil, dah pandai dan dah berjaya buat duit bulan in bulan out.....baru kita nak ajar geng geng baru. Tu pun tak mau ramai.....maks 15 orang sahaja. Macam biasa.....modal niaga nak kena sedia, fee kelas kena sedia. Sebab kita akan bermula straight away daripada masa kelas berlangsung..... orang kata bagi live trade sekali sekala....kelas saya, kita kasi live trade setahun....sampai anak murid pulak yang buleh kasi trade call ke cikgu dia. Itu macammmm......


Sunday, September 17, 2017

Assalamualaikum,

buat masa ni, FCPO masih menunjukkan Bullish momentum. Cuma..... dia dah sampai bus stop. Kena rehat sikit barangkali.

Kita tunggu kat bawah ye untuk membeli semula. Tunggu lah candle bullish with momentum / volume.

Tak sempat time frame kecik kecik tu, awak fokus kat tf Daily sahaja. Saya kaji Daily chart, trade daily chart, buat back test sampai 2011.....memang boleh buat duit juga dengan Daily. Cuma....tak boleh la nak tiru macam orang lain, SL 2-3 pts....nipis.... SL kita kena la ngam dengan tf kita yg tak guna banyak masa.....kan kan... ke macam mana.

Cuba berfikir macam ni.....
1. Kau letak duit dekat institusi UT/ASB/TH atau apa saja. Kau duduk goyang kaki....ujung tahun kau amik dividen 5-20% (kalau ada UT yg boleh kasi konsisten 20%)

2. Kau rajin sikit....kau belajar, dan kau cekuh kaki buat sendiri....gunakan instrumen FCPO atau Equity....... kau keluar modal niaga..... (kalau kau nak meniaga burger....kau keluar modal...kalau kau nak meniaga saham, masih sama....kau kena keluar modal yang sesuai). Target kau 30-100% setahun je. Santai santai. Ada setup, kau masuk. Kena SL, kau redha...hari mendung. Kena TP, kau redha.

Jadi kau pilih. 1 atau 2. atau kalau bijak lagi.....layan dua dua..... pandai pandai kau ejas lah ye.

Bismillah.


Sunday, September 3, 2017

Salam,
kawan kawan.

Bulan Ogos telah memberikan kemenangan manis kepada pasikan trading kami (ya...team Sukan SEA Malaysia juga telah mencatatkan kejayaan manis 145 Emas).

Bulan 8 = +160 pts per lot untuk sistem yang kami pakai.

Saya ada terlepas setup yang memberi kemenangan besar bulan 8 ni. Pada masa tu, line internet di tengah laut terputus dan kami takde hubungan selama 4 hari. haha....takde rezeki.
Namun, ada ahli pasukan yang masuk posisi tu dan meraih keputusan seperti yang di rekodkan sistem.

Alhamdulillah.


Bulan 9- banyak cuti. Saya jangkakan akan berlaku gerakan gerakan sideway. Sideway to up bias.



 


Blogger Template By LawnyDesignz