Sunday, July 23, 2017

Salam,
tuan tuan dan puan puan,

Pada minggu lepas, kita telah menyaksikan, kenaikan harga FCPO. Daripada 5 hari trading, 3 daripadanya ialah Bullish.

Bila memerhatikan carta mingguan, didapati candle yang terbentuk adalah berbadan kecil dan berekor panjang dibawahnya. Ini menunjukkan rejection yang agak besar sebagai sokongan.
Mungkinkan Kerbau akan terus mengganas minggu depan?

Eksport data juga menunjukkan peningkatan jumlah eksport FCPO. Petanda permintaan yang baik.
SoyOil juga menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit.

Selamat berurusniaga minggu depan. I'm in the bull camp until the bear shows it's head.


Sunday, July 16, 2017

Salam,

Berdasarkan daripada analisa minggu lepas, kita dapati FCPO telah melonjak pada hari Isnin dan mulai turun berturut turut daripada hari Selasa hingga Khamis. Pada hari Jumaat, fcpo telah sampai kepada paras sokongan 2540 dan menunjukkan tanda tanda kembali kepada trend asal iaitu Bullish.

Mari kita lihat, apakah yang tersedia untuk kita minggu hadapan. Adakah Kerbau akan meneruskan pendakian ke paras 2614 dan melepasinya untuk ke paras 2680? Sama sama kita saksikan.
Kontrak yang akan digunakan ialah kontrak bulan October 2017. Hari Raya Haji ialah pada bulan September, manakala Deepavali ialah pada October.

Kalau diorang nak pacak order - contract September & October lah tempatnya. Mari kita saksikan.

TF Daily

TF60


Saturday, July 8, 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

OK, 1st sekali, Selamat Hari Raya, mohon ampun dan maaf jika ada cara penyampaian saya yg menyakiti hati saudara saudari.

Jom kita tengok analisa untuk minggu depan untuk FCPO.

10hb - Data MPOB akan keluar. Jam 12tgh hari
14hb - Hari last untuk kontrak bulan ketiga Sept17. Lepas daripada ni kita trade Oct Contract.

Weekly Candle - Bullish
Monthly Candle - past month high broken

Melihat pada situasi ni, nampak macam kerbau dah memunculkan diri. Ye ke?


Minggu ni penentu. Samada harga akan buat U-Turn selepas test broken trendline ataupun akan masuk balik dalam trendline tu. Sama sama kita tengok.

Saya suka untuk dia buat retracement sikit dulu, sebelum nak sambung carik Buy. Last LH 2540 pun dah pecah, jadi fokus saya nak mencari buy aje buat masa ni. Kalau ada sell yang banyak evidence, mungkin saya akan masuk juga. hehe.

OK, jom lihat performance sistem swing tf30 saya setakat June 2017
Bulan April & Jun tidak memberangsangkan. Swing pendek. Hmmmm geram.


Tahun Lepas, sistem ni superb - takde loss untuk setiap bulan selama setahun
ni saya belanja untuk tontonan semua.


Ok. itu saja untuk kali ini. See you tatatititutu.....


 


Blogger Template By LawnyDesignz