Sunday, September 17, 2017

Assalamualaikum,

buat masa ni, FCPO masih menunjukkan Bullish momentum. Cuma..... dia dah sampai bus stop. Kena rehat sikit barangkali.

Kita tunggu kat bawah ye untuk membeli semula. Tunggu lah candle bullish with momentum / volume.

Tak sempat time frame kecik kecik tu, awak fokus kat tf Daily sahaja. Saya kaji Daily chart, trade daily chart, buat back test sampai 2011.....memang boleh buat duit juga dengan Daily. Cuma....tak boleh la nak tiru macam orang lain, SL 2-3 pts....nipis.... SL kita kena la ngam dengan tf kita yg tak guna banyak masa.....kan kan... ke macam mana.

Cuba berfikir macam ni.....
1. Kau letak duit dekat institusi UT/ASB/TH atau apa saja. Kau duduk goyang kaki....ujung tahun kau amik dividen 5-20% (kalau ada UT yg boleh kasi konsisten 20%)

2. Kau rajin sikit....kau belajar, dan kau cekuh kaki buat sendiri....gunakan instrumen FCPO atau Equity....... kau keluar modal niaga..... (kalau kau nak meniaga burger....kau keluar modal...kalau kau nak meniaga saham, masih sama....kau kena keluar modal yang sesuai). Target kau 30-100% setahun je. Santai santai. Ada setup, kau masuk. Kena SL, kau redha...hari mendung. Kena TP, kau redha.

Jadi kau pilih. 1 atau 2. atau kalau bijak lagi.....layan dua dua..... pandai pandai kau ejas lah ye.

Bismillah.


0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz