Saturday, May 19, 2018

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua.
Sedikit perkembangan FCPO.

Diperhatikan, pada carta mingguan FCPO (weekly chart), telah terbentuk falling wedges / ending diagonal. Sekiranya price berjaya memecahkan trendline sebelah atas, kemungkinan harga kelapa sawit akan semakin tinggi.

Isnin nanti akan muncul berita mengenai data ekspot minyak kelapa sawit mentah yang mungkin menjadi penggerak utama harga. Kita saksikan bersama sama. Samada falling wedges ni akan menjadi atau tidak.

psssttt........ FCPO ni biasa dia jahat. Tak ikut buku punya.

Trade on your own risk.


Saturday, May 12, 2018

Asssalamualaikum,

PRU14 sudah pun berlalu dan PH telah memenangi PRU kali ini. Tahniah.

FCPO - Nampaknya FCPO kali ni, menunjukkan kekuatan untuk naik. Ye ke? Saya tak mahu berspekulasi banyak sangat, If situ If sini.... Saya hanya nak ikut je kemana halatujunya. Buat masa sekarang saya nakmpak macam nak ke atas. Kalau market decide nak kebawah, saya akan ikut juga.
Biar gambar berbicara.


Tak kisah samada kaedah kita menggunakan indicator sebagai visual aided ataupun menggunakan kaedah chart pattern / naked trading, yang paling penting ialah berdisiplin dalam melaksanakan strategi yang kita pilih. Keuntungan akan muncul bila kita berdisiplin melaksanakan strategi kita. InshaAllah. Bismillah dulu ye.
Trade on Your Own Risk - TAYOR.

bujal38

Monday, April 30, 2018

Assalamualaikum,

Berakhir sudah bulan April yang penuh dengan cabaran. Bagi sistem saya, beberapa kali dalam bulan ni, harga CPO mencecah TP saya dengan laju dan kemudiannya berpatah balik. Ada yang tak sempat letak TP dan tercapai dah (walhal kami trade tf 1hr tu).

Apa pun, pelajaran yang kami belajar daripada situasi yang berlaku dibulan April ni, kalau trade dah banyak lot tu, ambil separuh dekat TP area. TP hendaklah sekurang kurangnya mempunyai Risk Reward 1:1.5-2 minimum.

Keputusan Sistem Terkini Setakat 30/4/2018
Jan = +31
Feb = -22
Mac = +74
April = +44

Alhamdulillah. Tak perlu berteleku depan PC menghadap chart sangat. Cukup Sejam sekali menjenguk samada setup sudah muncul atau belum. Kalau belum muncul, tak sampai 10saat dah tahu. Kalau dah muncul, ada kerja sikit la nak kena buat...masuk order, set TP, set SL...

Buat masa ni, saya agak tak berapa nak rajin buat analisis kerana orang dok cerita pasal tauliah lah, certificates lah, kelayakan lah..... jadi...saya senyapkan aje sebentar. Nanti dah ok, kita buat analisis seperti biasa.


Sampai jumpa lagi.

Sunday, April 1, 2018

Assalamualaikum,

March, bulan yang kebiasaanya adalah bulan yang baik untuk meraih keuntungan dalam CPO.
Namun, tahun 2018, ianya telah menjadi bulan dimana CPO bergerak dalam jajaran yang sempit dan berliku dan telah menyebabkan akaun trend following trader menjadi seperti baju kebaya merah mak long..... Merah sesaja menjelang akhir bulan.

Seperti biasa, ni saya tunjukkan trading journal / log trading record saya. Semua based on default 1lot (tapi berapa lot saya trading tu rahsia la..... FBR tahu berapa...tapi takyah sebut la malu.....haha...trader picisan je saya ni).

Kita saksikan apa akan berlaku pada April 2018.
Result Sistem Setakat 31/3/2018
Jan = + 31
Feb = - 22
Mac = +74

Performance system Mac 2018

Analisis untuk 2-6 April 2018. Trade on Your Own Risk

Analisis untuk 2-6 April 2018. Trade on Your Own Risk.

Tuesday, March 13, 2018

Haha,
semakin hari semakin kurang rajin nak update di blog ni. Semua gara gara FB yang lebih mudah dan cepat dan lebih mesra audien. Tak pe lah.... tempat jatuh bangun kena dikekalkan. Blog ni pun tak pernah dapat beri komisen iklan pun sejak ditubuhkan. Aku yang tak pandai, nak salahkan gugel pulak haha.

OK. jom celoteh market.
Bulan February yang lepas, berhempas pulas team Part Time Trader. Dimainkan perasaan oleh Mr Market yang bergerak dalam jajaran sempit (tight range). Hasilnya, teknik yg kami pakai ni, memanjang kena stop out. Tengok kat result tu.

Bulan Mac muncul je, Alhamdulillah, terus cover yang loss bulan February tu. Di sini, kita nampak dah peri pentingnya mengawal risiko dan bersabar. Jangan dibuang teknik yang dah dipakai sekian lama hanya kerana tewas 1bulan dan dapur tak berasap (Dapur saya masih berasap walaupun tak trading kerana Trading ialah sambil sambilan bagi saya dan sebagai salah satu tabung untuk zaman persaraan nanti).

Bagaimana dengan dagangan anda?
Result February 2018 = -22pts

Result Mac 2018 as of 13hb = +84pts

Monday, February 12, 2018

Assalamualaikum,

Salam sejahtera sahabat sahabat pembaca blog saya.
Mungkin ramai yang tertanya, kemana saya menghilang.

Haha... Saya ada. Cuma dah berpindah negara bertugas.
Bulan 10 2017, Saya dah mula melapor diri untuk bertugas di Turkmenistan.
Jadi, semua serba serbi sibuk untuk ke tempat baru.

December 2017, Saya dah ke negara ini. Dan masih disini setakat ni.
Blog ni pun jadi bersawang lah sedikit.

OK, kita update sikit perkembangan daripada November 2017 sampai ke Sekarang February 2017.

Saya summarizekan aje apa jadi dengan akaun saya,

Nov 2017 = +25pts

Dec 2017 = +173pts

Jan 2018 = +31pts

Saya minta maaf banyak banyak kalau analisis saya ada yang tak menjadi tahun lepas. Yang paling penting, kita kena bertindak dengan apa yang kita nampak dan mengikut strategi perniagaan kita.
Jangan sampai modal terkubur begitu sahaja.

Saya akan cuba update blog ni dari masa ke masa, sekiranya berkesempatan. InshaAllah. Malas tu kena buang jauh jauh.

FCPO Update untuk 12/2 - 16/2/2018

1. Data MPOB akan keluar Isnin
2. Change of active contract month pada 15/2
3. FCPO dalam fasa melengkapkan triangle/segitiga. ABC done. D & E ongoing. bertabahlah.


Saturday, November 11, 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

TAYOR. Trade At Your Own Risk.
itu je nak cakap. hehe.
Sabar menunggu.

sampai 31hb December saya dok tunggu setup BUY BELI PANJANG dan seumpamanya aje. Kalau nak Pendek.....agak kureng berminat.


Tuesday, October 31, 2017


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Last week, was an awesome week for bullish camp.

Let's see whether the bulls still has its steam or not this week. Or it will take some breath before resuming the trend in Thursday/Friday. Let's see.



Sunday, October 22, 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kita mulakan dengan bedah siasat trading minggu lepas. Minggu lepas, ada 4 hari trading. Ada 2 candle bull yg tak comel dan 2 candle bear yang seakan bermomentum. Result trading saya minggu lepas, masuk laut. Dah pegang 50pts, kena gap up...tinggal 12 pts. masuk Buy hari jumaat, kena tibai SL, lepastu dia naik balik....Hari Jumaat kena tibai....last minit. Sabar aje lah.

Last Week...hari Khamis, Alhamdulillah...selesai mengajar seorang lagi student - Personal coaching style.

Ok, minggu ni..... saya jangkakan Sideway to Up. My gut feeling saying its going up.....


Saturday, October 14, 2017

Salam,

Minggu lepas menyaksikan pertarungan hebat antara kerbau & beruang dengan berkesudahan seri.

Namun yang demikian,
saya dapati.... kekuatan kerbau semakin meningkat, ditambah lagi dengan data eksport yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18% daripada bulan ke bulan.

Minggu lepas menjadi minggu melangut buat team part time trader. Entry hanya muncul pada hari Jumaat. Jadi, sekarang ni kalau orang tanya ada position ke dalam market? Yes, kami ada posisi.

Mari kita saksikan apa yang akan berlaku minggu hadapan.




Saturday, October 7, 2017

Salam,

Seperti biasa, analisis mingguan untuk minggu depan.
Jangkaan - price naik.

Minggu lepas, kami menjangkakan pergerakan turun pasaran. Namun, sampai di kawasan support, harga CPO telah melantun semula dan membuat reversal.

Hampir semua petunjuk yang sering kami gunakan dalam analisis menunjukkan pembalikan. Jadi, mari kita memburu kerbau minggu hadapan (kecuali ada pembalikan arah sekali lagi di pertengahan minggu).


Monday, October 2, 2017

Salam,

Bulan September telah melabuhkan tirainya. Bagaimana dengan trading tuan tuan. Semoga sentiasa disiplin dengan trading plan (business plan) anda hendaknya.

Untuk meraih keuntungan, sikit ataupun banyak, petuanya....
1. Ada trading plan yang mudah untuk anda ikuti.
2. Disiplin diri untuk trade mengikut trading plan.
3. Tawakkal.Berserah diri sepenuhnya pada yg Maha Memberi Rezeki.

Bulan September ni, Alhamdulillah....team kami sekali lagi mencatatkan keputusan memberangsangkan...berjaya meraih keuntungan yang boleh kata agak hensem untuk geng geng part time. >100pts.

OK, jom tengok graf CPO kita......
Dijangkakan.....2684 akan dipecahkan minggu ni, dan CPO akan semakin menggolek. Namun, harus diingat....harga semasa sedang berada di kawasan support yang boleh kata kuat.

Kita akan bertindak mengikut setup yang keluar dan jangan ragu ragu. Entry dah kena, sila la letak hard Stop Loss, dan target.

Chart pattern wise - Potential Head and Shoulder in the making.

Bismillah.


Monday, September 25, 2017

Salam,
Minggu lepas kita menyaksikan 4hari - 4 candle bearish. Wow.

Minggu ni? Kita saksikan samada CPO masih akan mengalami pendarahan teruk atau akan ada pantulan. We never know what majority of traders are thinking. Observe and take action accordingly.

Saya dah close position Khamis lepas.....cuti hari Jumaat punya pasal. Nak secure profit la konon kononnya.....Minggu ni nak tengok tengok dulu....mana nak masuk balik.

Layan.....

oh ye.....saya takde bercadang nak ambil student baru. Saya nak fokus pada group yang ada ni saja buat masa ni.....nanti diorang dah stabil, dah pandai dan dah berjaya buat duit bulan in bulan out.....baru kita nak ajar geng geng baru. Tu pun tak mau ramai.....maks 15 orang sahaja. Macam biasa.....modal niaga nak kena sedia, fee kelas kena sedia. Sebab kita akan bermula straight away daripada masa kelas berlangsung..... orang kata bagi live trade sekali sekala....kelas saya, kita kasi live trade setahun....sampai anak murid pulak yang buleh kasi trade call ke cikgu dia. Itu macammmm......


Sunday, September 17, 2017

Assalamualaikum,

buat masa ni, FCPO masih menunjukkan Bullish momentum. Cuma..... dia dah sampai bus stop. Kena rehat sikit barangkali.

Kita tunggu kat bawah ye untuk membeli semula. Tunggu lah candle bullish with momentum / volume.

Tak sempat time frame kecik kecik tu, awak fokus kat tf Daily sahaja. Saya kaji Daily chart, trade daily chart, buat back test sampai 2011.....memang boleh buat duit juga dengan Daily. Cuma....tak boleh la nak tiru macam orang lain, SL 2-3 pts....nipis.... SL kita kena la ngam dengan tf kita yg tak guna banyak masa.....kan kan... ke macam mana.

Cuba berfikir macam ni.....
1. Kau letak duit dekat institusi UT/ASB/TH atau apa saja. Kau duduk goyang kaki....ujung tahun kau amik dividen 5-20% (kalau ada UT yg boleh kasi konsisten 20%)

2. Kau rajin sikit....kau belajar, dan kau cekuh kaki buat sendiri....gunakan instrumen FCPO atau Equity....... kau keluar modal niaga..... (kalau kau nak meniaga burger....kau keluar modal...kalau kau nak meniaga saham, masih sama....kau kena keluar modal yang sesuai). Target kau 30-100% setahun je. Santai santai. Ada setup, kau masuk. Kena SL, kau redha...hari mendung. Kena TP, kau redha.

Jadi kau pilih. 1 atau 2. atau kalau bijak lagi.....layan dua dua..... pandai pandai kau ejas lah ye.

Bismillah.


Sunday, September 3, 2017

Salam,
kawan kawan.

Bulan Ogos telah memberikan kemenangan manis kepada pasikan trading kami (ya...team Sukan SEA Malaysia juga telah mencatatkan kejayaan manis 145 Emas).

Bulan 8 = +160 pts per lot untuk sistem yang kami pakai.

Saya ada terlepas setup yang memberi kemenangan besar bulan 8 ni. Pada masa tu, line internet di tengah laut terputus dan kami takde hubungan selama 4 hari. haha....takde rezeki.
Namun, ada ahli pasukan yang masuk posisi tu dan meraih keputusan seperti yang di rekodkan sistem.

Alhamdulillah.


Bulan 9- banyak cuti. Saya jangkakan akan berlaku gerakan gerakan sideway. Sideway to up bias.



Sunday, August 27, 2017

Salam,

ahaha....lama menghilang. Malas nak post di blog sebab duduk tengah laut. Line internet perlahan.
OK. kalau kita perhatikan, pergerakan harga masih berada didalam keadaan uptrend.
Jadi, buat pilihan bijak-  carik Long on weaknesses.

31hb hari Khamis - cuti Kebangsaan
Kemungkinan 30hb pun cuti jugak kalau Malaysia menang Sukan SEA....haha (berharap).
1hb - Raya Haji.

Dah kalau gitu....baik cuti sekali trade...skali dengan cuti sekolah. Perabih duit untung trading ke budak budak hehe.


Sunday, August 6, 2017

Salam,

1. Inverted Head n Shoulder ongoing. target min 2800.
2. Keep it as simple possible.
3. Be Patient. Wait until it comes to you.
4. Target 1000pts in 1 year x RM100 per pts = RM100K/annum.
5. 1000pts divide by 12month = more less 85pts per month = 22pts = 4pts per day. Can you do it? Try it first. Sound easy but the emotional control is the hardest. Greed, Fear, Joy....everything add up.

Trade on your own risk.

July had been a joyful month for us. yeay!


Sunday, July 23, 2017

Salam,
tuan tuan dan puan puan,

Pada minggu lepas, kita telah menyaksikan, kenaikan harga FCPO. Daripada 5 hari trading, 3 daripadanya ialah Bullish.

Bila memerhatikan carta mingguan, didapati candle yang terbentuk adalah berbadan kecil dan berekor panjang dibawahnya. Ini menunjukkan rejection yang agak besar sebagai sokongan.
Mungkinkan Kerbau akan terus mengganas minggu depan?

Eksport data juga menunjukkan peningkatan jumlah eksport FCPO. Petanda permintaan yang baik.
SoyOil juga menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit.

Selamat berurusniaga minggu depan. I'm in the bull camp until the bear shows it's head.


Sunday, July 16, 2017

Salam,

Berdasarkan daripada analisa minggu lepas, kita dapati FCPO telah melonjak pada hari Isnin dan mulai turun berturut turut daripada hari Selasa hingga Khamis. Pada hari Jumaat, fcpo telah sampai kepada paras sokongan 2540 dan menunjukkan tanda tanda kembali kepada trend asal iaitu Bullish.

Mari kita lihat, apakah yang tersedia untuk kita minggu hadapan. Adakah Kerbau akan meneruskan pendakian ke paras 2614 dan melepasinya untuk ke paras 2680? Sama sama kita saksikan.
Kontrak yang akan digunakan ialah kontrak bulan October 2017. Hari Raya Haji ialah pada bulan September, manakala Deepavali ialah pada October.

Kalau diorang nak pacak order - contract September & October lah tempatnya. Mari kita saksikan.

TF Daily

TF60


Saturday, July 8, 2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

OK, 1st sekali, Selamat Hari Raya, mohon ampun dan maaf jika ada cara penyampaian saya yg menyakiti hati saudara saudari.

Jom kita tengok analisa untuk minggu depan untuk FCPO.

10hb - Data MPOB akan keluar. Jam 12tgh hari
14hb - Hari last untuk kontrak bulan ketiga Sept17. Lepas daripada ni kita trade Oct Contract.

Weekly Candle - Bullish
Monthly Candle - past month high broken

Melihat pada situasi ni, nampak macam kerbau dah memunculkan diri. Ye ke?


Minggu ni penentu. Samada harga akan buat U-Turn selepas test broken trendline ataupun akan masuk balik dalam trendline tu. Sama sama kita tengok.

Saya suka untuk dia buat retracement sikit dulu, sebelum nak sambung carik Buy. Last LH 2540 pun dah pecah, jadi fokus saya nak mencari buy aje buat masa ni. Kalau ada sell yang banyak evidence, mungkin saya akan masuk juga. hehe.

OK, jom lihat performance sistem swing tf30 saya setakat June 2017
Bulan April & Jun tidak memberangsangkan. Swing pendek. Hmmmm geram.


Tahun Lepas, sistem ni superb - takde loss untuk setiap bulan selama setahun
ni saya belanja untuk tontonan semua.


Ok. itu saja untuk kali ini. See you tatatititutu.....


 


Blogger Template By LawnyDesignz