Personal Coaching

Berminat untuk belajar Teknikal Analisis khusus untuk FCPO / Komoditi ?
Saya ada menawarkan perkhidmatan pembelajaran secara PERSONAL COACH.
Proses pembelajaran akan mengambil masa selama 1 tahun, meliputi perjumpaan secara berdepan (face 2 face), tunjuk ajar secara online, trading bersama sama, dan sesi ujian.
Jika anda berminat, hantarkan:
1. Nama
2. Umur
3. Pengalaman trading
4. Dah buka akaun futures ke belum?
5. Ada modal untuk mula berniaga - minimum RM15k?
6. Nombor HP.
7. Email contact

hantar butiran ini ke : bujal38@gmail.com / whatsapp to: 012-326-3412

Yuran Pembelajaran - 1 tahun - RM 7 x 365 hari. Yup kurang daripada RM10 sehari. Fee ni untuk bayaran masa saya mengajar. Ilmunya percuma.

Bilangan pelajar dalam 1 tahun pun tidak akan lebih daripada 15 orang supaya saya boleh fokus mendidik - skill dan emosi pelajar menghadapi dunia trading.

Tuesday, March 28, 2017


Lets Begin the last week of March 2017.

Saturday, March 18, 2017

Assalamualaikum,

A very quick one.

1. Minggu depan cuti sekolah. Ramai retailer pegi bercuti kut. Fund Manager pun sama.
2. Mr Market bounce dekat support. Kemungkinan naik tu ada kalau tengok pada candle yang solid body bullish ni.
3. Last LH 2898. Pecah yang ni, beruang boleh pegi bercuti la kut.

Minggu lepas, 3x urusniaga. 2 untung, 1 rugi.

FCPO

Soy Oil


Saturday, March 11, 2017


Assalamualaikum & very good day.

Melihat pada carta FCPO, kelihatan, harga fcpo sekarang berada di paras support 2700-2750.
Apakah ianya akan berjaya menembusi paras sokongan ini, sama sama kita perhatikan. Buat masa tiada tanda tanda daripada candlestick yang harga akan memantul.

Mari kita melihat kepada faktor pengeluaran dan permintaan terhadap minyak sawit mentah.
Jika kita lihat trend dari 2016, pengeluaran dan permintaan pada bulan Mac akan meningkat berbanding Januari dan Februari. Akan tetapi, pengeluaran pada Januari & Februari 2017 adalah tinggi, manakala permintaan(demand) pada Jan & Feb adalah lebih kurang sama seperti tahun 2016.

Kesimpulannya, pada mata saya, faktor lambakan bahan mentah akan berlaku. Harga kemungkinan akan naik disebabkan permintaan pada bulan Mac. Efeknya mungkin sehingga bulan April (pertengahan). Berapa nak naik? saya rasa tak kuat seperti tahun 2016. Tapi, siapa yang boleh tahu kegilaan manusia dalam pasaran hadapan ni.

Selamat berdagang dan berniagalah dengan penuh etika.




sumber: MPOB


Thursday, March 2, 2017

Assalamualaikum,

Setelah February melabuh tirainya, dapatlah kita menganalisa prestasi semasa sistem masing masing.
Sistem saya berjaya menghasilkan seperti gambar dibawah.

Sistem anda bagaimana? saya yakin ianya lebih baik daripada sistem saya ini.

Sistem saya ni, saya reka untuk bertepatan dengan masa trading saya + kerja kerja di siang hari saya. Niat di hati nak juga cuba cuba berdagang Soy Oil atau Crude Oil di malam hari, namun apakan daya, dah 3-4x cuba, asyik tertidur sambil trade signal tu muncul di rumah. Saya kena terima, badan saya tak boleh kerja 24jam. Kena rehat. (mungkin kena ada team yg trade around the clock...baru boleh bikin)

OK. Harap harap Mac 2017 lebih membawa sinar gembira untuk saya & pelajar pelajar saya. Buat masa ni dah ada 6 orang. Target saya, cukuplah 10 orang pelajar (kalau ada yang nak belajar & tahan hati dengan pergerakan market). Saya tak promote macam orang lain. kalau minat boleh try wasap (0 1 dua tiga dua enam 3 empat satu dua.)

Sistem ni, khas untuk pekerja biasa. 30minit sekali je jeling carta. Tiada flip antara time frame. Single time frame. Overnight tu biasa. Intraday kalau ada luar biasa.


 


Blogger Template By LawnyDesignz