Saturday, May 19, 2018

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua.
Sedikit perkembangan FCPO.

Diperhatikan, pada carta mingguan FCPO (weekly chart), telah terbentuk falling wedges / ending diagonal. Sekiranya price berjaya memecahkan trendline sebelah atas, kemungkinan harga kelapa sawit akan semakin tinggi.

Isnin nanti akan muncul berita mengenai data ekspot minyak kelapa sawit mentah yang mungkin menjadi penggerak utama harga. Kita saksikan bersama sama. Samada falling wedges ni akan menjadi atau tidak.

psssttt........ FCPO ni biasa dia jahat. Tak ikut buku punya.

Trade on your own risk.


Saturday, May 12, 2018

Asssalamualaikum,

PRU14 sudah pun berlalu dan PH telah memenangi PRU kali ini. Tahniah.

FCPO - Nampaknya FCPO kali ni, menunjukkan kekuatan untuk naik. Ye ke? Saya tak mahu berspekulasi banyak sangat, If situ If sini.... Saya hanya nak ikut je kemana halatujunya. Buat masa sekarang saya nakmpak macam nak ke atas. Kalau market decide nak kebawah, saya akan ikut juga.
Biar gambar berbicara.


Tak kisah samada kaedah kita menggunakan indicator sebagai visual aided ataupun menggunakan kaedah chart pattern / naked trading, yang paling penting ialah berdisiplin dalam melaksanakan strategi yang kita pilih. Keuntungan akan muncul bila kita berdisiplin melaksanakan strategi kita. InshaAllah. Bismillah dulu ye.
Trade on Your Own Risk - TAYOR.

bujal38

Monday, April 30, 2018

Assalamualaikum,

Berakhir sudah bulan April yang penuh dengan cabaran. Bagi sistem saya, beberapa kali dalam bulan ni, harga CPO mencecah TP saya dengan laju dan kemudiannya berpatah balik. Ada yang tak sempat letak TP dan tercapai dah (walhal kami trade tf 1hr tu).

Apa pun, pelajaran yang kami belajar daripada situasi yang berlaku dibulan April ni, kalau trade dah banyak lot tu, ambil separuh dekat TP area. TP hendaklah sekurang kurangnya mempunyai Risk Reward 1:1.5-2 minimum.

Keputusan Sistem Terkini Setakat 30/4/2018
Jan = +31
Feb = -22
Mac = +74
April = +44

Alhamdulillah. Tak perlu berteleku depan PC menghadap chart sangat. Cukup Sejam sekali menjenguk samada setup sudah muncul atau belum. Kalau belum muncul, tak sampai 10saat dah tahu. Kalau dah muncul, ada kerja sikit la nak kena buat...masuk order, set TP, set SL...

Buat masa ni, saya agak tak berapa nak rajin buat analisis kerana orang dok cerita pasal tauliah lah, certificates lah, kelayakan lah..... jadi...saya senyapkan aje sebentar. Nanti dah ok, kita buat analisis seperti biasa.


Sampai jumpa lagi.

Sunday, April 1, 2018

Assalamualaikum,

March, bulan yang kebiasaanya adalah bulan yang baik untuk meraih keuntungan dalam CPO.
Namun, tahun 2018, ianya telah menjadi bulan dimana CPO bergerak dalam jajaran yang sempit dan berliku dan telah menyebabkan akaun trend following trader menjadi seperti baju kebaya merah mak long..... Merah sesaja menjelang akhir bulan.

Seperti biasa, ni saya tunjukkan trading journal / log trading record saya. Semua based on default 1lot (tapi berapa lot saya trading tu rahsia la..... FBR tahu berapa...tapi takyah sebut la malu.....haha...trader picisan je saya ni).

Kita saksikan apa akan berlaku pada April 2018.
Result Sistem Setakat 31/3/2018
Jan = + 31
Feb = - 22
Mac = +74

Performance system Mac 2018

Analisis untuk 2-6 April 2018. Trade on Your Own Risk

Analisis untuk 2-6 April 2018. Trade on Your Own Risk.

Tuesday, March 13, 2018

Haha,
semakin hari semakin kurang rajin nak update di blog ni. Semua gara gara FB yang lebih mudah dan cepat dan lebih mesra audien. Tak pe lah.... tempat jatuh bangun kena dikekalkan. Blog ni pun tak pernah dapat beri komisen iklan pun sejak ditubuhkan. Aku yang tak pandai, nak salahkan gugel pulak haha.

OK. jom celoteh market.
Bulan February yang lepas, berhempas pulas team Part Time Trader. Dimainkan perasaan oleh Mr Market yang bergerak dalam jajaran sempit (tight range). Hasilnya, teknik yg kami pakai ni, memanjang kena stop out. Tengok kat result tu.

Bulan Mac muncul je, Alhamdulillah, terus cover yang loss bulan February tu. Di sini, kita nampak dah peri pentingnya mengawal risiko dan bersabar. Jangan dibuang teknik yang dah dipakai sekian lama hanya kerana tewas 1bulan dan dapur tak berasap (Dapur saya masih berasap walaupun tak trading kerana Trading ialah sambil sambilan bagi saya dan sebagai salah satu tabung untuk zaman persaraan nanti).

Bagaimana dengan dagangan anda?
Result February 2018 = -22pts

Result Mac 2018 as of 13hb = +84pts

Monday, February 12, 2018

Assalamualaikum,

Salam sejahtera sahabat sahabat pembaca blog saya.
Mungkin ramai yang tertanya, kemana saya menghilang.

Haha... Saya ada. Cuma dah berpindah negara bertugas.
Bulan 10 2017, Saya dah mula melapor diri untuk bertugas di Turkmenistan.
Jadi, semua serba serbi sibuk untuk ke tempat baru.

December 2017, Saya dah ke negara ini. Dan masih disini setakat ni.
Blog ni pun jadi bersawang lah sedikit.

OK, kita update sikit perkembangan daripada November 2017 sampai ke Sekarang February 2017.

Saya summarizekan aje apa jadi dengan akaun saya,

Nov 2017 = +25pts

Dec 2017 = +173pts

Jan 2018 = +31pts

Saya minta maaf banyak banyak kalau analisis saya ada yang tak menjadi tahun lepas. Yang paling penting, kita kena bertindak dengan apa yang kita nampak dan mengikut strategi perniagaan kita.
Jangan sampai modal terkubur begitu sahaja.

Saya akan cuba update blog ni dari masa ke masa, sekiranya berkesempatan. InshaAllah. Malas tu kena buang jauh jauh.

FCPO Update untuk 12/2 - 16/2/2018

1. Data MPOB akan keluar Isnin
2. Change of active contract month pada 15/2
3. FCPO dalam fasa melengkapkan triangle/segitiga. ABC done. D & E ongoing. bertabahlah.


 


Blogger Template By LawnyDesignz