Pasaran Hadapan
Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”
Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.
Futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:
Spot: Abu seorang peladang kelapa sawit. Ali pembeli buah kelapa sawit dari Abu. Ali membayar RM500 untuk setan buah kelapa sawit, dan mendapat buah kelapa sawit pada masa itu juga.
Forward: Ali pembeli / pemborong buah kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan kelapa sawit sebanyak 100 tan dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Ali dan menawarkan harga RM600 setan kerana bimbang kelapa sawit berkemungkinan naik menjadi RM700 setan 3 bulan lagi. Samad mahukan kelapa sawit tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.
Ali juga menerima tawaran harga RM600 setan kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM500 setan 3 bulan lagi . Justeru, Ali juga bersetuju untuk menghantar 100 tan kelapa sawit 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.
Futures: Abu seorang peladang kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan 100 tan kelapa sawit dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan di antara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Bursa Malaysia .
Pemborong dan peladang kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, tetapi sekiranya anda memerlukan kelapa sawit dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.
Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan olehBursa Malaysia sepenuhnya. Ada 9 pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:
- KLCI (FKLI) Futures
- KLCI (OKLI) Options
- 3 Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
- Crude Palm Oil (FCPO) Futures
- 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
- 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
- 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
- Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
- Single Stock Futures (SSFs)
- Ethylene OTC Futures Contract
Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sophisticated. Tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Asalkan anda berusaha lebih sedikitmaka anda akan mengetahui peluang besar yang wujud di dalamnya.
0 comments
Post a Comment