Monday, April 10, 2017

Assalamualaikum & very good day.

Minggu lepas, kita telah menyaksikan permainan FCPO yang bermain didalam range 2630-2750

Menggunakan tf30, para part time trader yang hanya ada masa kurang dari 1 minit untuk setiap 30minit untuk usha chart di hp masing masing, telah berjaya meraih sedikit keuntungan dari pergerakan pasaran CPO. Begitulah rutin para part time trader. Dikala rakan rakan lain ambil masa 5-10 minit untuk menghisap rokok, kami telah menukar habit itu kepada habit lain....ambil sikit masa untuk buat duit/hilang duit (ganti hisap rokok) dari pasaran cpo.


Make sense right? We use our take 5 appropriately! orang lain habis masa dengan FB, kami habiskan 1minit setiap 30minit utk buka chart, drp HP. bukan sebarang orang boleh buat macam ni. Yang penting, mahu dengan tidak. Hati kena tabah menghadapi untung atau rugi.

Ok. cukup celoteh. Jom kita tengok apa mr.market nak kasi minggu ni.

Minggu ni - Isnin ada MPOB data release. Lepas jam 1230 baru firm. Kita tengok KALAU export naik dan production turun, haaaa...tu tanda nak bullish la tu. Kalau sebaliknya, maintain bearish la.

1 lagi, Raya Aidilfitri dah dekat. Kemungkinan orang akan mula kumpul minyak nak menghadapi musim perayaan. Diorang akan beli sebelum datang bulan Syaaban. Ramadhan, Syawal.....orang nak pakai minyak banyak.

Apa apa pun, price discount everything - semua tertera atas chart. Layan.



0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz