Assalamualaikum & very good day.
Melihat pada carta FCPO, kelihatan, harga fcpo sekarang berada di paras support 2700-2750.
Apakah ianya akan berjaya menembusi paras sokongan ini, sama sama kita perhatikan. Buat masa tiada tanda tanda daripada candlestick yang harga akan memantul.
Mari kita melihat kepada faktor pengeluaran dan permintaan terhadap minyak sawit mentah.
Jika kita lihat trend dari 2016, pengeluaran dan permintaan pada bulan Mac akan meningkat berbanding Januari dan Februari. Akan tetapi, pengeluaran pada Januari & Februari 2017 adalah tinggi, manakala permintaan(demand) pada Jan & Feb adalah lebih kurang sama seperti tahun 2016.
Kesimpulannya, pada mata saya, faktor lambakan bahan mentah akan berlaku. Harga kemungkinan akan naik disebabkan permintaan pada bulan Mac. Efeknya mungkin sehingga bulan April (pertengahan). Berapa nak naik? saya rasa tak kuat seperti tahun 2016. Tapi, siapa yang boleh tahu kegilaan manusia dalam pasaran hadapan ni.
Selamat berdagang dan berniagalah dengan penuh etika.
sumber: MPOB
0 comments
Post a Comment