Saturday, January 28, 2017

Salam,
Selamat Tahun Baru 2017. Tahun ni, blog ni bakal berbahasa Melayu. Maleh den nak menaip English.hehe.

Tahun ini, FCPO memulakan tahun 2017 dengan adengan menyayat hati bagi peminat peminat trend following system (ehem ehem...saya lah tu). Sehingga 27/1/2017, FCPO berada di dalam mood sideway.

Semua signal yang keluar di Daily timeframe chart, yang saya ambil, semuanya menemui stop loss. Ya, perit dan pilu, tapi dunia trading begitulah. Kena cekal dan terus lagi usaha. Tetap dengan sistem yang kita telah kaji dan gunakan. Jangan loncat loncat mencari kesempurnaan. Memang tak jumpa, kerana SEMPURNA itu milik Allah saja.

OK, mari kita lihat analisis untuk minggu depan.


Melihat dari carta mingguan, FCPO masih berada dalam mood sideway (inside bar). Bila mak candle tu pecah nanti, masa tu baru pengguna pengguna trend following system akan tersenyum, tersengih, renyeh dan sebagainya. 

Oh ye, tahun 2017 ni, saya dah mengambil lagi 4 apperantis yang akan saya latih. Tahun 2016 saya hanya ada 1 orang apperantis & dah lulus (boleh beri signal pula kepada cikgu dia & buat duit daripada pasaran hadapan/ futures ni) Mode latihan yang saya berikan kepada mereka adalah seperti berikut :-

1. Learn while Doing together - Kami bagi live trading signal menggunakan tf30
2. Belajar dan Kaji dimana nak masuk (Kami ajar style macam ajar budak nak naik basikal- step by step)
3. Tidak lompat lompat sistem. Gunakan 1 sistem yang dah terbukti dan amalkan kawalan kewangan berhemat (risk reward 1:2 minimum)
4. Kena rajin bertanya & jangan malu buat salah. Belajar dari kesalahan.
5. Kena belajar tulis trading log.
6. Dah buka akaun futures, dan dah ada modal berniaga sekurang kurangnya RM20k.

Yuran mereka?

1. RM1,000 - upfront fee. Yuran belajar selama 1 tahun. Refundable kalau tak boleh balik modal dalam 1 tahun.
2. 5% daripada jumlah keuntungan daripada akaun mereka selama 1 tahun berniaga bersama sama. Takde untung, tak payah bayar.

OK, ni result January 2017, setakat ni. Seperti yang saya katakan awal tadi, tak berapa memberangsangkan bagi pengguna trend following system seperti saya.


Kalau nak tengok prestasi sistem yang saya kaji dan buat sendiri, trade sendiri ni, - ni prestasi pada tahun lepas.... 2016 (Saya tak collapsekan log tu - cuma tunjuk summary saja)


Errr.... cadangnya nak cukupkan 10 orang je untuk saya latih & trade bersama sama. Tapi....buat masa ni, biar dulu lah....termasuk saya, 6 orang je dalam group tu. 

0 comments

Post a Comment

 


Blogger Template By LawnyDesignz