Saturday, May 19, 2018

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua.
Sedikit perkembangan FCPO.

Diperhatikan, pada carta mingguan FCPO (weekly chart), telah terbentuk falling wedges / ending diagonal. Sekiranya price berjaya memecahkan trendline sebelah atas, kemungkinan harga kelapa sawit akan semakin tinggi.

Isnin nanti akan muncul berita mengenai data ekspot minyak kelapa sawit mentah yang mungkin menjadi penggerak utama harga. Kita saksikan bersama sama. Samada falling wedges ni akan menjadi atau tidak.

psssttt........ FCPO ni biasa dia jahat. Tak ikut buku punya.

Trade on your own risk.


Saturday, May 12, 2018

Asssalamualaikum,

PRU14 sudah pun berlalu dan PH telah memenangi PRU kali ini. Tahniah.

FCPO - Nampaknya FCPO kali ni, menunjukkan kekuatan untuk naik. Ye ke? Saya tak mahu berspekulasi banyak sangat, If situ If sini.... Saya hanya nak ikut je kemana halatujunya. Buat masa sekarang saya nakmpak macam nak ke atas. Kalau market decide nak kebawah, saya akan ikut juga.
Biar gambar berbicara.


Tak kisah samada kaedah kita menggunakan indicator sebagai visual aided ataupun menggunakan kaedah chart pattern / naked trading, yang paling penting ialah berdisiplin dalam melaksanakan strategi yang kita pilih. Keuntungan akan muncul bila kita berdisiplin melaksanakan strategi kita. InshaAllah. Bismillah dulu ye.
Trade on Your Own Risk - TAYOR.

bujal38

Monday, April 30, 2018

Assalamualaikum,

Berakhir sudah bulan April yang penuh dengan cabaran. Bagi sistem saya, beberapa kali dalam bulan ni, harga CPO mencecah TP saya dengan laju dan kemudiannya berpatah balik. Ada yang tak sempat letak TP dan tercapai dah (walhal kami trade tf 1hr tu).

Apa pun, pelajaran yang kami belajar daripada situasi yang berlaku dibulan April ni, kalau trade dah banyak lot tu, ambil separuh dekat TP area. TP hendaklah sekurang kurangnya mempunyai Risk Reward 1:1.5-2 minimum.

Keputusan Sistem Terkini Setakat 30/4/2018
Jan = +31
Feb = -22
Mac = +74
April = +44

Alhamdulillah. Tak perlu berteleku depan PC menghadap chart sangat. Cukup Sejam sekali menjenguk samada setup sudah muncul atau belum. Kalau belum muncul, tak sampai 10saat dah tahu. Kalau dah muncul, ada kerja sikit la nak kena buat...masuk order, set TP, set SL...

Buat masa ni, saya agak tak berapa nak rajin buat analisis kerana orang dok cerita pasal tauliah lah, certificates lah, kelayakan lah..... jadi...saya senyapkan aje sebentar. Nanti dah ok, kita buat analisis seperti biasa.


Sampai jumpa lagi.

 


Blogger Template By LawnyDesignz